Rabu, 5 April 2017

PROGRAM QURBAN PEDULI UMMAH DI MINDANOA, DAVOA FILIPINA

Assalamualaikm, Pada entry kali ini pula, saya berkesempatan menjejakan kaki di Qotabatu, Mindanoa dan Davoa di Filipina. Penempatan ini merupakan penempatan Islam yang terbesar di kepulauan Filipina. Disini kebanyakan NGO jarang memberi perhatian kerana kuartir akan keselamatan tetapi negara ini merupakan yang paling selamat sekarang. Jadi , Badan Ugama dan Kebajikan MARA (BUKM) mengambil kesempatan untuk memberi segala bantuan dan menghubungkan silaturrahim dengan saudara seislam kita disana.
1. Penyerahan Daging Qurban - tidak seperti di Malaysia semua teratur kerana selalu mendapat daging....di sana berebut dan jarang sekali dapat lauk daging....alhamdulillah
2. Masjid dimana kami Solat Aidil Adha oleh Imam Bukhari bekas Ketua Mufti Mindanoa. Imam ini boleh cakap melayu dan dia juga memakai baju melayu sedang kami hanya berjubah dan berkain pelekat sahaja. respect to you grant mufti.
3. Sayu hati apabila pihak kami menyerahkan wang untuk anak-anak yatim ini pergi membeli belah. Ini merupakan kali pertama mereka pegang duit dan belanja di Shopping Complex...HUHUHUU bertuah nyer anak di MALAYSIA kannn..
4. Memang sangat dihargai dan diperlukan sumbangan Qurban ini disana....cuma ada 3 NGO sahaja semasa program ini di negara Filipina iaitu Yayasan Terengganu, Eazy Qurban dan BUKM. Detik-detik ini akan menjadi kenangan dan pengalaman yang amat berguna pada kami khasnya BUKM, terima kasih juga kepada semua peserta Qurban dengan niat suci tuan/puan semoga amalan qurban dan aqiqah ini sampai kepadanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan