Jumaat, 7 April 2017

SPM Tak Seberapa Tapi Bergaji RM24,000



Pelajar-pelajar lepasan institusi-institusi kemahiran ‘tidak sempat’ bergelar penganggur apabila mereka kebiasaannya mendapat kerja sebelum majlis konvokesyen. 

Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, Datuk Dr. Pang Chau Leong berkata, mengikut statistik, 85 peratus pelajar lulusan institusi-institusi kemahiran sama ada swasta mahupun kerajaan akan ditawarkan kerja sebaik mereka habis belajar.

Pekerja kimpalan atas kapal yang dilahirkan politeknik dan vokasional menjanjikan pendapatan bulanan lumayan.

“Pelajar lepasan institut kemahiran terbukti sangat laku di pasaran. Selalu yang bermasalah graduan lepasan universiti kerap mengadu tiada kerja,” kata beliau ketika ditemui wartawan di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Beliau turut berasa terkejut apabila dimaklumkan gaji ramai pelajar institut-institut kemahiran yang suatu ketika dahulu pernah dianggap ‘gagal SPM’ itu dibayar gaji besar sebaik diterima kerja.

Gagal atau keputusan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak seberapa? Jangan risau atau panik.
Pelajar-pelajar yang tidak bernasib baik itu masih mempunyai peluang untuk mengatur kerjaya yang bakal memberi gaji lumayan.

Mereka boleh memilih melanjutkan pengajian ke institut-institut pendidikan teknikal atau latihan vokasional (TEVT) sama ada yang ditawarkan oleh kerajaan mahupun pihak swasta.

Berita baiknya, pendidikan teknikal dan vokasional seperti kolej komuniti atau politeknik sudah terbukti mampu membentuk pelajar-pelajar kurang cemerlang di peringkat SPM meraih pendapatan lumayan sehingga ada yang mencecah RM24,000 sebulan.

Malah ada banyak bukti gaji pelajar lepasan bidang teknikal atau vokasio­nal mengatasi pelajar lulusan universiti.


Sumber : Kosmo!

Khamis, 6 April 2017

Travel List

Benda apa korang kena bawak, kalau nak travel!! :)




1. PASSPORT/ TIKET FLIGHT/ DOKUMEN INSURANS/ITINERI

-  Semua perkara ini boleh diumpamakan seperti nyawa ketika mengembara. Pastikan anda sudah mencetak kesemua dokumen ini. Kalau boleh buat 3-4 set salinan lagi ok. Jangan hilangkan passport! Penting tu! Kalau hilang, anda perlu buat laporan polis di balai polis yang berdekatan dan terus menuju ke kedutaan Malaysia yang terdekat untuk proses selanjutnya.

Pastikan juga anda mencetak tiket flight dan snap gambar di dalam telefon anda sebagai langkah pencegahan awal. Dokumen insurans juga boleh dibawa bersama. Untuk itineri pula, pastikan nada telah merancang awal-awal lokasi penginapan, kos pengangkutan, tempat makan dan banyak lagi.

2. DUIT

- Duit yang kita nak bawa mesti tukar siap-siap mengikut mata wang negara yang ingin dituju. Ketika artikel ini ditulis, pertukaran ringgit Malaysia dan New Zealand dollar bersamaan 1 NZD = RM3.10. Fuhh ringgit Malaysia jatuh banyak tu. Kalau nak tukar di money changer yang rendah, saya cadangkan area Shah Alam dan Kuala Lumpur. Jangan tukar di airport! Mahal.

3. KAD ATM/DEBIT/KREDIT

- Pastikan anda telah mengaktifkan pengeluaran wang antarabangsa di bank yang berkenaan. Selalunya hanya hubungi mereka sahaja. Pastikan juga duit kecemasan disimpan di merata-rata tempat. Bukan apa, prepare for worse!

4. PAKAIAN/KASUT YANG SESUAI/ STROLLER/BEG KECIL

- Boleh bawa pakaian yang sesuai mengikut musim di negara tersebut. Bagi saya, tak perlu bawa banyak pakaian. Boleh basuh sendiri dan guna je dryer. Kasut pula bawa yang sesuai. Kalau saya, hanya bawa kasut running/sports je. Bagi yang ada bayi tu, sesuailah bawa stroller yang mudah dilipat. Beg kecil pula kalau nak simpan barang-barang kecil yang senang untuk dicapai.

5. TOLIETRIES

- Bawa siap-siap syampu, ubat gigi, mandian, pencuci muka dan berus gigi. Kalau dalam skala kecil boleh bawa masuk ke dalam flight, tapi kalau banyak boleh letak semasa check in baggage.

6. FIRST AID KIT

- Yang ni penting juga, mana tahu kan tiba-tiba sakit. Harga ubat di luar negara sememangnya sangat mahal berbanding di Klinik kerajaan Malaysia. So prepare siap-siap. Apa yang perlu bawak tu?

Sediakan ubat seperti (nama yang dalam kurungan tu ialah nama saintifik):
1. Panadol (Paracetamol)
2. Ubat selsema,alergik,gatal-gatal (Cetrizine)(Piriton)
3. Ubat Cirit Birit (ORS/Air Garam) (Lomotil)
4. Ubat tahan muntah (maxolon)
5. Ubat sakit kepala
6. Plaster
7. Minyak Angin
8. Krim panas untuk muscle pain.
9. Lip bum (Vaseline)- Kalau travel musim sejuk.
10. Ubat tahan sakit (Ibuprofen)
11. Ubat batuk (Copastin) sakit tekak (Lozenges)
12. Ubat sakit perut (Buscopan/Hyosine) gastrik (Ranitidine)
13. Krin antifungal dan anti bakteria.

7. TRAVEL ADAPTOR/ ENTENSION WIRE

- Untuk pengetahuan anda, plug di Malaysia tak sama di luar negara. So boleh beli universal adaptor. Kebanyakan kedai-kedai hardware ada jual. Boleh juga dapatkan di kedai Mr DIY, Seng Heng. Nak bawa extension wire juga boleh kalau travel dalam group yang ramai.

8. WET TISSUE/ TISU BASAH

- Jika anda travel ke negara yang tandasnya susah nak ada paip seperti China, india. Boleh bawa siap-siap, senang nak "berurusan" nanti.

9. SMARTPHONE/ POWERBANK/CHARGER PHONE

- Yang ini wajib bawa sebab boleh ambil gambar, install apps melancong yang sesuai dan boleh digunakan untuk berhubung. Pastikan sentiasa dicharge supaya tak makanlah bateri powerbank tu.

10. TRAVEL COOKER/ MAKANAN

- Bagi yang nak memasak nasi dan jimat duit, boleh bawa travel cooker. Senang nak masak nasi. Orang melayu kan, susah nak tinggal nasi. Buat pengetahuan anda, kos makan adalah kos yang paling tinggi ketika travel sebenarnya. Jadi dengan adanya travel cooker, dapatlah atasi masalah tu.

Makanan yang sesuai nak dibawa dalam flight:

- Biskut dan roti dalam pek kecil
- Kacang dalam pek
- Energy Bars (tenaga)
- Dodol dalam pek kecil
- Coklat
- Kurma
- Nestum/makanan bayi

Makanan yang sesuai dibawa dalam baggage:

- Apa jua jenis minuman 3 in 1
- Pek Lauk Brahim's
- Serunding
- Keropok segera
- Instant food (megi,kari dalam tin, sardin, pes segera, dll)
- Sambal ikan bilis
- Air kotak
- Di New Zealand jangan bawa buah ye, Diorang strict akan hal ini.

11. MULTIPURPOSE PLASTICS/ SELIPAR

- Plastik tu bolehlah nak simpan apa-apa. Nak buang sampah ke, senang nak bungkus. Untuk selipar juga boleh dibawa, senang nak ke tandas. Kalau boleh selipar yang ringan-ringan je.

Dahla tu, banyak dah bgtau tu :)

sumber www.cikguloh.com

Rabu, 5 April 2017

Program CSR BUKM

Hasil daripada Tabung Infaq, Pelbagai program CSR Peduli Ummah Badan Ugama dan Kebajikan MARA (BUKM) yang telah dilaksanakan. Video ini adalah secebis aktiviti BUKM yang memanjangkan kurdrat sehingga dari dalam negara seperti banjir di Kelantan dan juga ke luar negara seperti Indonesia, China, Kemboja, Vietnam dan Filipina. Semoga Allah memberi ganjaran di atas kebaikan anda semua. Terima kasih.....


SUPER SEMINAR STUDENT

Alhamdulillah selesai sudah Seminar Super Student kepada seluruh anak-anak MARA dan disekitar lembah klang pada musim cuti sekolah 2016. Moga ilmu yang bermanfaat ini dapat dibekal hingga di akhir hayat. Terima kasih pada BUKM selaku penganjur dan juga moderator yang hebat lagi cemerlang.

BUKM Peduli Ummah 2016

Video sekitar program Ibadah Qurban di Qotabato dan Davoa di Filipina. Terima kasih sekali lagi kepada peserta dan penyumbang dari kami Badan Ugama dan Kebajikan MARA (BUKM). Kami berdoa semoga ibadah ini mendapat keberkatan kepada semua peserta dan petugas....amin ya rabbal alamin....

PROGRAM QURBAN PEDULI UMMAH DI MINDANOA, DAVOA FILIPINA

Assalamualaikm, Pada entry kali ini pula, saya berkesempatan menjejakan kaki di Qotabatu, Mindanoa dan Davoa di Filipina. Penempatan ini merupakan penempatan Islam yang terbesar di kepulauan Filipina. Disini kebanyakan NGO jarang memberi perhatian kerana kuartir akan keselamatan tetapi negara ini merupakan yang paling selamat sekarang. Jadi , Badan Ugama dan Kebajikan MARA (BUKM) mengambil kesempatan untuk memberi segala bantuan dan menghubungkan silaturrahim dengan saudara seislam kita disana.
1. Penyerahan Daging Qurban - tidak seperti di Malaysia semua teratur kerana selalu mendapat daging....di sana berebut dan jarang sekali dapat lauk daging....alhamdulillah
2. Masjid dimana kami Solat Aidil Adha oleh Imam Bukhari bekas Ketua Mufti Mindanoa. Imam ini boleh cakap melayu dan dia juga memakai baju melayu sedang kami hanya berjubah dan berkain pelekat sahaja. respect to you grant mufti.
3. Sayu hati apabila pihak kami menyerahkan wang untuk anak-anak yatim ini pergi membeli belah. Ini merupakan kali pertama mereka pegang duit dan belanja di Shopping Complex...HUHUHUU bertuah nyer anak di MALAYSIA kannn..
4. Memang sangat dihargai dan diperlukan sumbangan Qurban ini disana....cuma ada 3 NGO sahaja semasa program ini di negara Filipina iaitu Yayasan Terengganu, Eazy Qurban dan BUKM. Detik-detik ini akan menjadi kenangan dan pengalaman yang amat berguna pada kami khasnya BUKM, terima kasih juga kepada semua peserta Qurban dengan niat suci tuan/puan semoga amalan qurban dan aqiqah ini sampai kepadanya.

QURBAN PEDULI UMMAH KEMBOJA

Berat mata memandang, berat lagi mata memikul. Itulah yang perlu kita sesama manusia menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Cerita saya pada kali ini berkaitan dengan program Badan Ugama dan Kebajikan MARA (BUKM) yang mengambil pendekatan ini bertahun-tahun kebelangkangan ini bagi misi bantuan kemanusia. Bermula denngan misi Qurban Peduli Ummah di serata negara seperti di Kemboja, Vietnam, China dan Filipina.
Merenung Keindahan Alam Semula Jadi Kemboja...Naik Bot WOOOOO best....


Ibadah Qurban


Pengangkutan utama apabila banjir BOT motor, orang semua boleh angkut.


Sillaturahim bersam penduduk kampung....nunggu makan le....


Lembu merupakan harta utama penduduk disini. walau ada lembu tapi dagingnya sukar nak makan oleh penduduk disini kerana tidak mampu untuk membeli


Safety Arrival di Phnom Penh International Airport...Alhamdulilllah...